Sunday, August 31, 2008

diatas Retaknya Kota Melaka, kita Bina Negara Baru.

arakian, telah bermula lah episod hari minggu Merdeka ku yang tidak berapa dapat aku banggakan kemerdekaannya seiring dengan sambutan ke-51 Ulang Tahun Malaysia.

namun aku masih mampu untuk merasa atas mungkin sekelumit Merdeka nya itu tatkala semua menjerit Merdeka, Merdeka dan Merdeka.

Merdeka aku ucapkan untuk semua.


membangkitkan soal Merdekanya Malaysia, mengingatkan aku pujangga ini :

"diatas Retaknya Kota Melaka, kita Bina Negara Baru"


intensely deep maknanya. yang mungkin kau akan dapat berfikir antara apakah yang cuba ungkapan ini sampaikan.

aku bangga menjadi Anak Malaysia. mempunyai bangsa yang dapat bangun lantas berdiri tegak mungkin hampir seiring negara Merdeka lain.

dari jatuhnya empayar masyhur Melaka, Malaya bangun untuk sekali lagi menempah nama.

--






-







--



aku bangga.

juga dikesempatan ini, aku ingin merakamkan jutaan Terima Kasih pada Mereka yang telah berusaha untuk melangsungkan hidup generasi muda dengan aman sekali.

Semoga Allah memberikan aku peluang untuk membalas jasa kalian.

tidak dilupakan juga;


buat adikku sayang;
Reenbon yang pada hari Merdeka ini telah Allah panjangkan usia kamu yang ke-16,


Selamat Hari Jadi kakak ucapkan.


akan akak doakan kamu untuk terus berjaya
dan menjadi anak yang baik buat Ibu dan Ayah.
Kakak Sayang Kau.


also to be congratulate;
my dearly darling friend; Iylia Roslan

Happy 19th Birthday love !
sorry couldn't make it yesterday, tertidur ;DD

and kepada semua yang menyambut Hari Jadi pada Hari yang Merdeka ini,


Happy Birthday to All !



juga sedikit Nota Kaki, aku berbicara dari persepsi aku sebagai manusia. dan janganlah mudah untuk kau menjadi Hakim pada dasar luaran sahaja.

kau mungkin terlepas pandang akan sesuatu yang kau pasti kebenarannya.

Malaysia Negara Demokratik. dan aku berdiri atas stand itu.

Sejahtera Semua !

Friday, August 29, 2008

aku sudah pun refresh list agenda aku.

dulu dah aku abolish-kan.
kali ini lebih jelas akan kuantiti kecil tanggungjawab dari yang sebelumnya.
aku mahu terus tanpa lengah.



aku Rindu Rumah.



dan aku tahu perkara akan berlaku.
Sespesifiknya Tidak Memberi Beda of Ada atau Tidak.


persetan semua.
aku tahu aku lebih dari Hanya Mampu.



NOKTAH.

tahan amarah.

kau nampak agenda aku disebelah ?
syukur pada Tuhan atas kurniaan kelapangan mengkhatamkan rutin akademik aku.
ameen.

jangkaan aku salah apabila aku mendambakan Ramadhan pertama dirumah. walaupun mengikut logik akal aku telah hampir butuh menyiapkan segala yang perlu.

aku dengan melankoliknya mengisytiharkan bahawasanya aku akan setia bertapak di tronoh. memandangkan keadaan rumah yang agak kelam kelibut keadaannya. mungkin ini adalah yang terbaik.


aku tidak gemar menerima warga asing di kiri dan kanan Rumahku Syurgaku.

bak kata Ibu : "better stay kak. it is tiring to be home."


dan kepada Ibu, kakak katakan iya, walaupun jauh dilubuk ulu hati ini disendat sempit dengan perasaan kangen pada keluarga, Subhanallah.

Kakak rindu semua.
(dengan nada untuk cuba tahan lump di tekak kerana mahu cuba menjadi kuat)

Adik adik kakak, serious akak rindu semua. akak benar benar memaksudkannya. semoga huru hara rumah akan segera selesai.



sepet, Terima Kasih atas pos kau yang tidak kurang hebatnya. kau hebat. aku mengakuinya. pelukis bertaraf Antarabangsa dalam keluarga. aku lebih di tempat lain, begitu juga kau pet. Tuhan jadikan anak anak Ibu adil buat Ibu dan Ayah berasa bangga.

reenbon, aku Minta Maaf aku tidak dapat pulang meraikan hari jadi kau yang merdeka ini. usah kau gusar reen, seluruh Malaysia meraikannya. sebut berkenaaan Merdeka, kau memang anak merdeka. sejelasnya aku mempunyai kesukaran untuk menerangkan secara spesifik. tapi dari observation aku, kau unik, dan akan terus unik.

iteen, Maafkan akak atas segala YM yang tidak berbalas. mungkin kau menge-buzz pada masa yang salah. akak rindu iteen, banyak sangat. Terima Kasih kerana menjadi adik yang baik pada akak. sayang iteen.

muhammad, intan payung cipon cipong baby kakak, akak rindu awak ! rindu nak peluk awak, rindu nak cakap dengan awak. rindu nak dengar awak pelat. rindu nak ajar awak, mandikan awak, suapkan awak. jadi anak yang baik ye dik.




akak sayang semua. Ya Allah, Rindunya.

--





---






-

aku bisa tahan semua InsyaAllah.
juga berlandaskan fakta dan separa teori saya diperlukan dekat disini.


kesimpulan disini, aku mengorbankan tiket RM18.00 ku demi kelangsungan hura hara dirumah, dan akan setia dekat disini untuk membantu mereka yang perlu.


kenyataan benar yang kau perlu tahu aku sesungguhnya meminta maaf atas pengunaan bahasa Melayu yang berbondong bondong dahsyatnya ini. aku basi untuk berbahasa Inggeris. aku lelah ber-assignment. juga jangan kau ignore title diatas, aku benci plagiarism.


faham ? (tahan emosi melampau)

Wednesday, August 27, 2008

baju kurung

serious.


--



-


mesti ramai yang tertanya tanya akan subjek pelik akan ritual diri aku jarang memakai baju kurung.



bukan apa taulan sekalian. seperti diri anda dan homo sapien lain di muka bumi, aku juga punyai satu perkara yang kusebut sebagai pendirian dan falsafah.

aku capek menerangkan pada umum akan ideaku berbaju kurung. jadi seeloknya akan ku perihalkan lebih lanjut disini.





---


--


-


aku tidak memandang jelek pada baju kurung. serious tidak.
bagi aku, baju kurung warisan Melayu yang harus aku jaga, kita jaga.

baju kurung adalah satu fenomena fesyen yang tak lapuk dek zaman.





dan disini aku percaya akan teori;

yang jarang kita pakai, sekali lihat : oh ayu. rasa lain dari biasa.



itu aku, engkau mungkin berbeza pandangan. Malaysia negara demokrasi makanya semua mempunyai hak untuk tampil kehadapan dengan idea sendiri.




lagipun, aku cerewet bila tiba pada baju kurung. serious cerewet.
komannya; baju baju kurung aku adalah :

  • berpesak gantung (bidangnya sedikit kecil)
  • berjahitan tangan bukan mesin
  • berpoket
  • berkain yang tidak selalunya berbunga bunga; abstrak, selalunya plain
  • juga atas pilihan Ibu : kain cotton (yang aku kadang kadang kurang gemar)

itu lah aku tatkala bercerita tentang baju kurung.




terima kasih buat opah Ros (tukang jahit Ibu) yang selalu memberikan aku baju kurung jahitan tangan terbaik !

juga buat

Auntie Cat (tukang jahit keluarga) yang selalu peka akan cara cara baru menjahit, walaupun baju kurung bukanlah tradisi asal Auntie Cat yang merupakan Cina Kristian, tapi jahitan beliau adalah Brilliant !


Ibu sependapat dengan aku bila berbicara tentang baju kurung.
"Simpan sedikit market untuk akan datang, so jangan pakai selalu, baru cun"


itu kata Ibu ku yang cool.





kau bagaimana pula ?
oh, Ramadhan ku sudah bermula.

Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang lepas.


yang perempuan perempuan, seperti biasa,
apa style kali ni ?


ahaha, typical !

Tuesday, August 26, 2008

my my my, its 26th today !

everyone;
drop by here

and wish this cuddly friend of mine



A very Happy 18th Birthday

&&

Happy One Year Anniversary


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥




ps : okay, SP Test is the next agenda. and home baby ! I'm going Home ! Yay !

Monday, August 25, 2008

You, Thank You.

is blogging together with the good scent of the roses.
dozen of them.
You, i know You're reading this.


Thank You.


the First and always be the One.


immensely into You

Sunday, August 24, 2008

DeeDee

meet

DeeDee the Daisy






DeeDee-Junior in making, oh-oh-oh




right in front of my so-called-resort view ;DD



super kawaii bah !


good for balance life

&&

de-stress







gila sanskrit ! test CO esok !

x crossing finger for luck x

Saturday, August 23, 2008

sweet sixteen ;DD

I : Hai kak, how are you? Dah stabil ke belum? D'nt stress ok, be happy.

A : Dah okay sikit Ibu.. Huhuhu.. Thank you..

I : I think not only studies, maybe u ada problem lain kan? How's faruq? U dgn dia ok?

A : Okay je.. He helped me through alot.. Maybe pasal kerja etc kot.. I dah quit as u advice Bu.. So now i can concentrate..

I : Very good. I'll pray for u.

A : Okay Ibu.. Thank you btw..

I : By the way, lupa sgt nak ckp dgn awk. Naufal dah nak pergi Indonesia ahad ni. Klu u free call lah dia, n wish him.


* * *


so to my dearly cuzzy Naufal Nordin,
sorry for not being able to be there tomorrow,
i wish you all the best big bro !
and am so proud of you !

serious proud of you !

first doctor in family !
sambil patting your back
lotsa TLC (:


* * *


and Ibu, thank you for your delectable concern, heart you heaps Ibu ♥ ♥

is my Ibu too cool to asked about how things going with me with my other-half ? ahaha ;DD

he's been great. exceeded more than just par i may said. i Thank God for such a good man in my life.


oogly googly goo; happy sweet sixteen month of us munchmunch !
lap you unconditionally bebeh!
♥ hugs ♥


oh and why don't you drop me some love by being a darling and comment my post this time aye ?
even Ayah commented my post taw.



my, my, my convofair is here.
going to get the daisy for room ! super kawaii ;DD

suhaili, jom (x

Friday, August 22, 2008

meh sini, aku nak habaq mai

sudah. sindrom berbahasa ibunda dengan intensely nya telah membuak-buak bergelodak didalam darah Bugis-Jawa aku. maka, sebelum karangan-panjang ini aku teruskan, ingin terlebih dahulu aku memulakan ucapan jutaan maaf bagi mereka yang menunggu karangan bahasa inggerisku.

mungkin setelah dapat aku melepaskan diri dalam boundari tensi hebat ini, akan aku kembali di trek lama, Insya Allah.

aku juga tak semena-mena telah dengan dahsyat dah hebatnya menggunakan kata ganti diri pertama Aku. yang secara relevan dan telitinya amat jarang aku gunakan ketika dilaman virtual. maafkan aku sekali lagi atas anjakan paradigma telus yang mengejut ini.

mungkin setelah dapat aku melepaskan diri dalam boundari tensi hebat ini, akan aku kembali ke trek lama, Insya Allah. (penggunaan ayat yang sama, serious plagiarism, ahaa)

jadi sebagai tanda mula nya kalian to embark this long essay, aku nak tanya :

dah baca tajuk dah ? kalau dah, bagus.
so, meh sini, aku nak habaq mai.

kata kunci kita di pagi Jumaat hening yang dingin ini adalah :

aku rasa kau tak tahu dan patut tahu

-


--

kata kunci yang simple tapi boleh dipelbagai dengan meluas ke seantero pelusuk struktur idea dan kata.


  1. aku rasa kau tak tahu dan patut tahu
  • bahawa : entri aku yang lepas adalah tidak dengan khasnya ataupun tidak secara zalimnya ditujukan kepada sesiapa. aku harap kau faham bila makhluk Allah dalam keadaan stress. semua serba tak kena, bak kata inggerisnya, miserable gitu.
itu lah setepatnya yang aku rasa. terlalu banyak timbunan agenda tentatif yang mendadak dan kejam telah berlaku dapat bab hidup aku kali ini. dan aku mendapati perkataan "stress" itu datang menziarahi lebih kerap dari biasa. Innalillah (nota : bukan untuk mereka yang telah pergi je ya)



2. aku rasa kau tak tahu dan patut tahu
  • yang seperti kepala biji mata kau dapat menjadi saksi akan beberapa agenda aku yang telah dengan seronoknya aku erase. sebagai tanda berakhirnya penyeksaan pada setiap agenda. hari hari yang aku alami membuatkan aku bertambah jelek dengan list-to-do yang tidak pernah tahu erti surut.
telah aku amalkan teladan "say no to procrastinating" tapi dunia, manusia dan tentatif lebih dari separuhnya tidak empunya sifat belas kasihan. aku letih dengan keadaan hidup yang sebegini.

namun, setelah mengalami kejatuhan yang agak dalam dan perit, aku mungkin dengan matang dan warasnya melepaskan satu beban. dengan alasan; jap, potong ayat tu, bukan dengan alasan, tapi fakta bahawasanya :


aku masih tidak mampu menjalani hidup yang lebih palat dari biasa. serious.


kepada mereka yang terlibat dalam hal hal duniawi aku : jutaan maaf aku pohon. moga kalian sukses selalu. aku bangga dapat menjadi sebahagian dari mereka yang berani dan gagah. walaupun hanya dua minggu. TQVM.



3. aku rasa kau tak tahu dan patut tahu
  • akan fakta aku sudah lama tidak merengek seperti anak kecil pada Ibuku. serious. kata aku ini bukan dusta. malah benar belaka. sangat lama jikalau kau mahu aku ceritakan kembali. jarak jangka masanya tidak terjangkau dek akal.
tapi baru beberapa jam yang lepas aku merengek sedemikian. sebagai token melepaskan bebanan yang tidak mampu aku lontarkan kembali beban pembuktiannya, seperti dalam debat parlimen yang aku Perdana Menterinya.

dalam satu kata lain yang seronok dan bahagia, aku lega. serious lega. setelah lama berkurun aku mengumpul segala rasa. akhirnya aku keluarkan jua. satu perasaan yang sukar untuk aku perjelaskan, aku percaya nescaya kalian mungkin juga pernah merasainya.

selangsungnya aku berterima kasih kepada Ibu,
kerana membenarkan aku melalak seperti bayi yang mahukan susu.



4. aku rasa kau tak tahu dan patut tahu
  • beberapa fakta random kelahiran azali aku, yang juga mungkin telah berubah-ubah seperti pembolehubah manipulasi mengikut dunia kiri dan kanan. yang sukar untuk sekeliling tafsir, ataupun dengan bijak bestari meneliti secara analitikal. akan aku titipkan satu persatu secara minjaroes.

  • mindanya : aku tidak dilahirkan untuk menjadi Einstein atau Bill Gates. tapi mungkin aku ada potensi untuk menggantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat. serious. acapkali aku mendengar sokongan rakan taulan akan spesifikasi kelebihanku di bidang yang lain, berbeda dengan mereka. aku iyakan aja, walaupun persis hati kecil berdoa tanpa putus untuk Tuhan jadikan aku pandai dari biasa.
kepandaian aku datang apabila aku berusaha lebih dari biasa. luarbiasa.

yang pada saat ini aku rasakan agak impossible untuk aku kecapi.
tapi demi Ibu dan Ayah, nusa bangsa, akan aku cuba sehingga jaya.


  • secara jasmani : aku dahulunya agak besar. serious. tanyalah pada mereka yang tahu. dan aku masih terpinga-pinga memikirkan apakah sebabnya aku menjadi sekeding ini. aku tiada jawapan yang tepat lagi precise untuk disampaikan tatkala soalan soalan cepumas ditujukan padaku. maaf dan ampun.
aku mungkin nampak lembik, layu dan lusuh. zaman aku beremas tatkala Tenis dan Renang kian pudar. juga aku tiada mempunyai jawapan tepat akan quit-nya aku dari dunia itu. pelik, ya. tapi entah lah. susah untuk aku berteka-teki akan the why of wherefore.


  • kalau nak dijadikan rohani aku sebagai indikator, aku tidak mahu berhujah lebih. jika kau dekat dengan aku maka kau tahu akan ritualku. yang mungkin mustahil untuk pacal hina seperti aku lakukan, tapi setepatnya aku juga adalah antara mereka milik Tuhan.

  • dari aspek timbang tara emosi, aku agak kalah.
tapi dalam satu sub hal aku boleh dikatakan berjaya. aku tidak lagi meraung masalah jiwang. telusnya, itu bukan aku sekarang. diantara merpati yang sedang belajar akan apa itu dewasa.

namun dominannya, aku angkat bendera putih jikalau hal emosi melibatkan mereka yang aku sayang dan aku jaga. aku agak senang untuk menyayangi manusia, yang juga dapat aku simpulkan sebagai sahabat. cukup senang.

dan aku akan cepat terasa jika hati aku tidak dijaga. kerana hati kau telah aku jaga sebaiknya. itu adalah antara perkara yang agak sukar aku paraphrase kembali. serious.

maka tips disini; janganlah cuba untuk walaupun sedikit menyakiti aku. kerana aku akan mungkin secara tidak sengaja akan menyakiti kau lebih dari itu, maafkan aku.

ukhwah fillah abadan abada.

ini adalah kerana aku berpegang teguh akan, equally loved. mudah.

but in some uncertainty i am about to have faith that,
the person you love are the one who tend to make you feel hurt.

aku dah berhenti dari jadi mangkuk hayun yang live to please others.



5. aku rasa kau tak tahu dan patut tahu
  • aku lebih bernafsu untuk kecewa jikalau aku mengalami tidak-koheran-dahsyat dengan mata pelajaran.



lebih berobjektif.





---



- -




-



setelah aku dengan intelektual poyonya memeluru segala yang tersirat kepada tersurat,
aku telah akhirnya melompat kesatu kepastian.

: yang jangan lah kau tenung titik hitam tiada makna. jadikan titik gelap tempat mula segala yang baru dan bermakna.

juga secara relevannya, melihat peluang dalam masalah adalah antara jalan pintas yang waras.

: sabda nya bahawa Tuhan tidak akan pernah membebankan ciptaan Nya dengan perkara yang mereka tidak mampu.

kita adalah mereka yang lebih dari hanya Mampu, namun gagal dalam mengagaskan apa yang hak dalam hidup dunia ke akhirat kelak.


aku sudah mula berfikir akan kejadian hebat Tuhan Yang Esa, setiap hikmah kunfayyakun Nya.

kau, bila pula ?


selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq penuh makna.

Thursday, August 21, 2008

jangan sampai ada adegan bunuh membunuh dan rompakan berlaku

aku dah nak naek menyampah

serious. poodah tangechi la.

POODAH !

Wednesday, August 20, 2008

gila ah.

maka nya hari ini aku nak berbahasa melayu. well instead of bahasa penjajah dan menggelarkan diri saya, aku ambil satu pusing revolusi baru.

kau dah baca tajuk karangan-panjang ni ? tahu kenapa gila ah ?

kalo tak tahu, meh sini aku bagitahu.


AKU HARI NI STRESS sikit BANYAK !

atas konsekuensi agenda zalim dalam hidup aku pada beberapa minggu yang akan datang.

tapi pokok pangkal nya stress aku kali ini adalah kerana : programming.
lab aku hari ni kureng progresif. and i just don't know why. selalunya okay je.

mungkin kerana aku dah memang sesedianya stress kot.

apa-apa je lah kan.

sestress mana pun, dah tertulis di Loh Mahfuz untuk aku teruskan.



maka kearah kebersamaan kekitaan keperjuangan kemarian !
ahaha ;DD mabuk mabuk.

selangsungnya aku ingin mangucapkan terima kasih walaupun mungkin secipot pada saudari Fatin Abdullah atas kelapangan menge-tag aku.

sekali lagi : gila ah ! lama tak kene tag ! akan kujawab dalam bahasa ibunda.



What is your hair color?
--rahsia syal. aurat kot. ahaha.


Where was your default picture taken?

--seperti yang kau nampak, gambar laki aku. di PD semasa ber-STE.


What's your middle name(s)?
--tiada nama di tengah. ruang kosong. cout << " " <<>

Your current relationship status?

--ditakluki Allah. diawasi Ibu dan Ayah. kepunyaan dia-f saya.

Does your crush like you back?

--fakta masa kini : dia angau akan aku, betul, serious.


What is your current mood?

--nyah-stress.


Favorite color?

--hijau bumi kita.


What makes you happy?

--rezeki dari Allah, Ibu dan Ayah, adek adek-ku, dia-f saya.


If you could go back in time and change something, what?
--aku berpuas hati dengan semua yang berlaku. bersyukur dah.

If you must be an animal for one day, what would you be?

--zebra best wo. woo hoo sexay pattern !


Ever had a near death experience?

--em, setakat ini, Alhamdulillah tidak.


What's the name of the song stuck in ur head?

--sempurna, gita gutawa. dengan angau nya ditujukan khas buat laki aku.


Name someone with the same birthday as you?

--annis darman, auntie ann. hehehe.


When was the last time you cried?

--beberapa hari lepas, rindu Ibu :(


If you could have one super power what would it be?

--bini hancock ? ahaha. then faruq jadi hancock, best tu.

What's the first thing you notice about the opposite sex?
--mungkin rupa mungkin tidak. tapi selalunya tidak.


What's your biggest secret?

--kata rahsia, apa la chaa.


When was the last time you lied?

--mungkin tatkala ber-c++ tadi. aku agak emo dengan tutor iraq tu.


Do you still watch kiddy movies or tv shows?

--sin chan hari hari, ahaha. gila best !


What are you eating or drinking at the moment?

--tiada apa apa.

What's your favorite smell?
--Ibu's J'adore. tapi sekarang yang Poison ayah hadiahkan tak best ! aku rasa aku punya Aztique lagi best ! tapi sekarang parfum dekat Great Eastern yang bau Jasmine tu macam best ;DD


If you could describe your life in one word what would it be?
--melankolik, serious.

When was the last time you gave/received a hug?
--tadi, semasa stress dalam lab, dari Diyanah tengik yang chomchom.

Have you ever been kissed in the rain?

--alahai, soalan nak emosi je.

What are you thinking about right now?
--apa yang perlu dilakukan selepas ini.


What should you be doing?
--ke irc bersama dia-f saya.


What was the last thing that made you upset/angry?
--jam sepuluh ke dua belas tengahari tadi. cam sipoot je.


Do you like working in the yard?
--tidak sama sekali tapi selalu disuruh mencangkul rumput lalu menanam rumput baru.

If you could have any last name in the world, what would you want?

--Madeenah. sungguh sedap didengar bukan.


Do you act differently around your crush?
--depan faruq ke? rasanya tak, aku sama je senget dimana mana, ahaha.

Spell your name without "a":
--deer, gila ah ! rusa apa, ahaha.

What's your favorite number?
--tiga, 3, three

What are you listening to right now?
--saat bahagia- ve, tengah bahagia kan ;DD


Are you happy with your life right now?

--apa lagi yang aku nak dalam hidup ni weh ? semua dah cukup dah, Alhamdulillah.


What was/is your favorite subject in school?
--bahasa penjajah/ english. bahasa ibunda/ malay. selalu mendapat feedback dari cikgu tz : adeera, awak buat saya bukak kamus DBP. ahaha.


Do you shop at LV/Prada/Chanel?

--aku tak. tapi Ibu mungkin ya. Ibu, kalau anda membaca ini, akak nak Ibu tahu, akak suka beg Ferragamo Ibu, so Ibu boleh la nak bagi kat akak nanti. and akak juga suka purse Aigner Ibu yang ayah strictly tak kasi akak pakai. alahai.

How do you get/make money?
--PETRONAS !


Are you outgoing?
--aku rasa aku boleh kata ya pada soalan ini.

Do you like Big Mac?

--tidak berapa. kureng best.

Do you own big sunglasses?
--hak milik adek beradek, yang dulunya Ibu punya. gila ah, Charles Jordan tahan lama !

Where do you wish you were right now?
--rumah, wangsa maju, kl.

Do you have a crush on anyone right now?
--ada lah. si hensem saya semestinya, hehehe ;DD

_______________________________________
*THE DO'S*

Do you believe in God?:
--dengan sepenuh hati ya.

Do you know how to swim?:
--kena lah. kata swimming instructor. maka kepada sesiapa yang mahu lesson, silalah khabarkan ya.


Do you like roller coasters?:
--roller coaster : benda paling syok kat dunia ! lagi lagi spiderman kat genting !

Do you own a bike?:
--dulu ada, sekarang Muhammad ada la basikal, ahaha.

Do you believe in love at first sight?
--Tidak, partially.

Do believe at "first impressions lasts"?
--tak yang firm.

_______________________________________
*LOVE SECTION*


How many times have you had your heart broken?
--banyak, tapi apa aku kesah. poodah.

Have you ever broke up with someone
and wished you hadn't?
--apa punya soalan daa.


Are you in love?
--serious, dalam punya.

Have you ever liked someone with a g/f-b/f?
--setakat ni tak pernah, naseb.

_______________________________________
*SELF ESTEEM SECTION*

Is your self-esteem extremely low?
--hari ni adalah sikit. selalunya tak.


Do you believe in yourself?:
--kalau aku tak percaya kat diri sendiri sapa lagi wey.


Do you wish you could be someone else?:
--aku rasa jadi aku dah cukup hebat dah, ahaha.

____________________________________
*ABOUT MYSELF*


Hair color?:

--rahsia.

Piercings?:
--di telinga. oh lagi satu, earrings yang beli sama ngan beeha cun oh !

Tattoos?:

--Subhanallah.


Straight hair or curly?
--rahsia.


_______________________________________
*HAVE YOU EVER*

Hugged someone you didn't know?

--ya. banyak kali. sebab mungkin keadaan masa tu. aku tahu, peluk dapat melegakan beban.


Been on the phone until the sun came up?

--zaman budak budak dulu.

Laughed so hard you peed in your pants?
--bila kak adh dharr ada mungkin ya, ahaha.

_______________________________________
*THE LAST*


Person you hung out with?

--the fab five, dia-f saya, the letoperz.

Last thing someone said to you?

--"awak, kita tak tahu nak guna iron awak", kata suhaili.

Last place visited? -
-v2 cafe, makan cekodok best !


______________________________________
*RANDOM STUFF*

Do you like surveys?:

--kalau dah bosan tahap cipet, mungkin dapat membantu.

What kind of soap do you use?:

--secret garden, yang pernah mendapat pujian Hani Bunny.

Do you have mental breakdowns?:
--dua puluh empat jam ya.


*aku dengan bangganya ingin mengumumkan, aku bahawasanya seterusnya menge-tag Suhaili Salhadi (awak, ni terapi je ya. jangan nak dok lebih lebih. bagitahu Atok karang.)*

juga seperti yang anda nampak dengan kepala biji mata anda : aku ada icon blogger yang baru.

cun tak ? cun oh. terima kasih kepada cikgu Fatin atas kelas yang diadakan ;DD

oh juga btw, Naadira Yajay oi, if you are to read this : aku sayang kau, serious. sedih tak dapat nak jumpa before pergi. sila jaga diri for me. oh sebelum terlupa, tolong bagi comment boleh ?

ahaha ;DD


dah la, aku ada kerja melambak tahap bonggol unta untuk disiapkan.
ps : kekadang rasa cam nak rompak berhemahnya geledah je untuk 2k DAC tu, stress oh.
eh, opps !


chow cincau !


nota tambahan :
aku dapat update baru. test SP minggu depan.
haram jadah, sama se-row dengan CO and O&G.


urgh, stress !

Tuesday, August 19, 2008

dipaksa.


serious.


-


--




damn darn serious.


i have been force to do so.




serious. serious. serious.








glad it turn out to be extra tantalizing ;DD




and that i had received a TWO THUMBS UP from :-

  • the-laki aka dia-f saya
  • the fab five aka housemate
  • housemate yang bukan the fab five (mereka juga fab okay)
  • jiran depan tapi yang kiri; gadis-gadis pingitan EE
  • tetamu tetamu bilik yang telah Allah sarankan untuk kita menjamu juga memuliakan mereka



untuk tatapan, santapan mata para pembaca




berikut adalah resipi yang mungkin boleh anda cuba :-

1 cawan serbuk koko1 cawan milo + 1 cawan lagi (mengikut cita rasa)
1/2 cawan milo1/2 cawan serbuk koko
1 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 buku butter

juga susu pekat, addition bahan secara tiba tiba.

panaskan semua ya puan-puan dan kemudian; masukkan dua biji telur

lalu masukkan biskut marie dan gaul.

juga curahkan sebanyak banyak nya kasih dan sayang.



selebihnya, you know how to deal with those ;DD


sekian, chef adeera is running a multitasking activity.
stay tune, same time, same place at adeera : the conveyor.
ahahaha ;DD


♥ selamat mencuba ♥



nota kaki : terima kasih roommate terchenta kerana memaksa.
juga ingat bebelan saya ye awak :p

Saturday, August 16, 2008

a break free

i always believe when people quoted that all your sadness will turn out to be a rainbow soon enough.

a situation reaping an another situation.

from a solely solemn to a sooth solace.

and i had an exact experience this past two days, thanks to Allah for all His Mercy and Bless.

despite of my continuous sulking, unstable emotion also not to forget the gushing of PMS hormones, the someonesomeone take it all cool, as usual. well, i can't find any perfect lines to be mock up as a debate beban pembuktian after all that we've been through, i've been through.

but in some not-so-suprise, yet goofy way, the someonesomeone make it all better for good. (naseb, kalau tak, nahas, ahaa ;DD) hehehe, glad he did. i am clueless, speechless and all the lessless la, the moment i knew.

i can randomly in a very happy way say : it is such a relaxing break free, serious.

an infinite credit goes to :

  • dia-f saya.
    for being kejam due to accordance, but also so understanding most of the time. TQVM love.
  • the love-birds, lynn and pojan.
    for being the coolest, happiest love-birds ever ! thank you for completing my day, you rock my socks ! ngehngeh.

♥ ♥ ♥


ibu have the idea for me to just stay as my schedule are pretty tight.
also not to abandon dia-f saya this convofair time around.
well, last year, someone did gone somewhere.
i lupa where, bukan i okay, he did.


so, konklusi hebat masa kini;

.stay.
.tahan rindu.
.siapkan tugasan mendadak banyak.

.baru can senang hati berlenggang-kangkung pulang.


going to run for the to-do list. manyak keje maa. serious.

Friday, August 15, 2008

melancholic

unwillingly, i had my day a bit pretty melancholy today. and i couldn't just mention the why of wherefore. to be just on a precise surface, i say, i had a tough day here and there. and there goes some teardrops at the very end of my eyelids. continuously.

some petty matters that had troubled me so much together with this gushing PMS of mine had turned my day solemnly blue. i just had all things enough. I'm glad a girlfriend of mine told me how strong i am in handling such matters. well, i was babe, i am and i will.

just having it more than enough is hurting. i am all sore and bruise with such complication.

due to the stress from every angle of my life, together with some parties which by their presence had make me even more drown into such an intense heart-ache.

i may sounded conceited, but for real i try to be perfect and nice to people around. only at the end i reap an unscrupulous act of "will come if only i in need". apathetic human make me sick. serious.

as a round up of all, i miss home. a place where all darling assemble. where there is no need to be inferior towards others, specifically.



i am so used with all the deep dramatic lines.


in some time near, i will be home. i need to.



a delectable thank you to the gamelan class,
especially my saron baron for making my day.

Wednesday, August 13, 2008


MusicPlaylistRingtones



lagu yang terlalu signifikan subjeknya



you know to whom this specially dedicated to

dia-f saya
.too perfect as in metaphor.



TQVM

Monday, August 11, 2008

A to Z TREASURE HUNT CONVOFAIR 08

A - assam jawa.

kami mendapat enam hidangan istimewa sebagai hadiah tidak dapat melastik tin tin minuman dan susu.

  1. hakim dengan hero-nya menghabiskan tiga biji bawang putih, secawan sos tomato dan sepotong buah yang khabarnya seperti muntah manusia. uhuk.
  2. diyanah dengan berani nya meminum secawan telur.
  3. beeha dengan seronok nya meg-lamsamkan assam jawa yang selalu nya ibu guna untuk memasak.
  4. dan saya ? peria yang pahit. nasib baik ibu selalu menghidangkan peria. apa apa pun, perut saya yang lemah ini, sebelum menelan apa apa, telah pun membuat bunyi *uwek uwek* pabila melihat abir, fatul and the gang cuba menikmati hidangan mereka.

B - beeha.

seorang pemandu yang sangat berwibawa. saya dan diyanah acap kali ber-bouncing bouncing di tempat duduk belakang kereta. kami sangat takjub akan kehebatan siti nabihah memandu. awas umat manusia semua, disebalik keayuaan dan kelembutan sahabat kami ini, tatkala tangan nya memegang stereng kereta, maka akan bergegarlah seluruh jalan di muka bumi. Subhanallah dahsyat.


C - celoteh

seperti hari hari biasa, celoteh dalam kumpulan adalah perkara yang paling menyeronokkan. sepanjang treasure hunt ini :-

hakim : telah membawa bau bawang putih pada seluruh kereta tatkala bersendawa.

diyanah : menjadi pencatat setia namun kami sekumpulan dengan cuai terlupa akan section b.

beeha : mungkin telah mengatasi masalah memegang penyu/kura kura, yang sewaktu dengannya.

adeera : seperti biasa membuat ahli kereta pekak dengan suara nya menyanyikan lagu orang kahwin setiap kali melintasi majlis majlis perkahwinan yang sumpah banyak nya.

hakim, diyanah, beeha dan adeera : sama sama menjerit tergedik gedik dalam kereta kerana jumpa jawapan untuk "Initially, her heart melted slowly".

terima kasih kedai runcit Haji Hari Muhammad Sabtu, ahaha ;DD


D - diyanah.

seorang ahli yang senantiasa bersemangat dan berjiwa kental (kecuali mungkin jika terserempak lipas, kami sama, ehe ;DD ) mempunyai mata yang tajam mencari jawapan. ada masa nya akan menjadi sengal bersama sama saya. diyanah tangkas !


E - elok-elok.

antara perkataan yang sering disebut dan didengari :
  • tengok elok elok you all
  • jalan elok elok okay semua
  • elok elok beeha, lori takde, okay potong !
  • baca elok elok
  • cuba kita pikir elok elok
banyak sungguh.


F - faruq.

kreditasi buat dia-f saya, yang telah menelefon seawal pagi, memastikan segalanya akan berjalan lancar. memberikan saya semangat yang tidak putus putus, dengan jeritan dan laungan semoga berjaya dihujung talian. amat menghargai panggilan awal pagi itu.

juga kreditasi buat dua dari fab five; sherry dan hani. atas pertolongan internet dari tingkat 3 rumah empat bilik depan bilik beeha. terima kasih. *untuk roommate sayang dekat huruf lain ye*


G - gua tempurung.

pertama kali menjejakkan kaki ke gua tempurung. kekerdilan terasa melihat keagungan Tuhan. antara yang ditunjuk oleh marshall didinding:-
  • kuda
  • kuda laut
  • itik
  • arnab
  • buaya
terpegun, anda patut kesana menjadi saksi sendiri.


H - hakim

duri diantara bunga yang ada. kehadiran hakim dalam kumpulan telah melengkapkan kami semua. seorang pemecut bertaraf kebangsaan yang berani mengunyah lalu menelan tiga biji bawang putih. berkorban untuk ditutupkan mata untuk acara membaling plastik berisi air.

hakim, hero kami.


I - ipomanese reptans.

nama saintifik bagi kangkung. impressive.



J - jaringan Tempat Makan.

saya emosi apabila perkataan ini disebut sebut. kerana seakalnya saya, cyber cafe itu agak tepat. namun, jawapan setepatnya adalah :

TM Net, anda faham ? jika tidak, sila fikir.


K - kellie's castle.

terima kasih buat program ini kerana akhirnya saya dapat menjejakkan kaki kesini. saya terpegun dengan arkitektur ilham dari kellie's. ada style. serious. walaupun mungkin dari jauh nampak hanya batu bata buruk, namun sebenarnya ia lebih dari itu.

saya dan hakim suka akan pintu nya. unik. bersegi tapi tidak bersegi.

tangga tangga rahsia di setiap kamar.

bilik hanya untuk cadar, selimut dan bantal.

rooftop party area !

untuk keterangan lebih lanjut, sila ke Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak, Malaysia.


L - lembu

iya, lembu. saya suka kerana saya nampak lembu. lembu ditepi jalan ketika beeha menelusuri jalan di Kampung Timah, yang dalam route book kata Kampung Baru.

Saya dengan bangganya sempat menyapa lembu lembu berkenaan.
dengan mesra nya saya mengucapkan HAI !


M - mamee monster.

section b, soalan terakhir. katanya, musuh kepada ultraman yang headquarters nya dia sebuah pulau di Malaysia. kelakar kelakar. saya sempat mendail nombor suhaili roommate tercinta untuk keterangan lanjut akan siapakah musuh ultraman.

suhaili menjawab : raksasa lah awak.

dan diyanah dengan tangkas berbisik (sebab taknak bagi yang lain dengar) : mungkin mamee monster

saya dan beeha bergegas ke seluruh kedai sederet. kecewa, tiada mamee monster dijumpai.

keseberang. ahaaa ! mamee monster ! 75 gram, tepat !


N - niat.

motto pada niat kami sepanjang tentatif perjalanan :-

"lari lari, kalau dah menang itu rezeki !"


O - on a race.

duduk di belakang agak membahagiakan. saya dan diyanah sempat menampal amaran di kertas yang bertulis "ON A RACE" untuk ditampal di cermin belakang. kami kemudiannya telah di cabar pihak lawan berkelisa hitam yang turut menampal "BRING IT ON". ahaa ;DD


P - Potong.

adegan potong memotong secara berleluasa berlaku diantara lori, bas dan kenderaan bertanduk pelekat hijau petronas.


Q - question.

antara dua puluh soalan yang dikemukan, kami berjaya tiga belas. hanya tujuh salah. yang keempat tiba dari enam puluh dua.

sebagai mereka yang kali pertama masuk, we're doing exceptionally well ;))


R - roommate.

okay, ini huruf khas buat roommate yang ku cintai, suhaili. terima kasih kerana menjadi asisten menyapu tuna pada roti yang paling baik pernah saya ada. awak adalah ajk makanan yang telah membantu kejayaan kami demi berlari tanpa perut yang lapar ! tepukan gemuruh buat suhaili salhadi !


S - serious.

kami tidak langsung serious. serious.


T - tuntung.

makhluk Allah yang comel. saya jatuh cinta pada tuntung pabila kami disuruh bergambar dengan penuh kasih sayang nya dengan tuntung. comel ! tuntung oh tuntung.

untuk keterangan lanjut sila google Tuntung. terima kasih.


U - udang.

sejarah dengan perkataan udang. clue, dua kembar diatas kapal memancing udang buat tambahan makan malam mereka. pelik. saya dan hakim berpendapat bahawa mungkin ianya adalah petis. namun bukan setelah kami menjumpai tin petis itu.

dengan mudah, membeli double decker pranky prawn. tepat ! ahaa ;DD


V - vavi

demi tidak mengguna perkataan pelik pelik dan agak kedengaran kecerarutan. babi ditukar menjadi vavi. ada style kan?


W - wanita ganas.

iya, tepat, betul, wanita ganas ! ahaha ;DD siapakah itu ?

dia adalah :-


beeha ♥ ♥


X - xfiles.

bunyi yang random. apakah yang datang dari sains fiksyen dan horror. kami terfikirkan xfiles. namun gagal dijumpai. failed.


Y - yellow.

pesaing utama negara. kereta satria kuning yang gagal saya kenalpasti identiti pengembaranya.

kuning mereka itu adalah indikator kami, semoga berjumpa lagi.


Z - zip it.

teori untuk terus men-zip-kan diri setelah mungkin mendapati papan yang dilihat adalah jawapan bagi soalan yang dikemukakan. itu adalah strategi.



muka muka masam bacin yang ceria







ANY INQUIRIES YOU CAN ALWAYS TELL US VIA THE FEEDBACKS. TQVM.

Sunday, August 10, 2008

Who I Want To Meet

THEM who know how to appreciate && understand

Friday, August 8, 2008

saron baron

gamelan 2 : practices saron peking and bonang.
being tested with gambang, bonang and saron peking.
end up with saron baron, ahaha ;DD
leftovers.

have not much excitement to blog and babble in such a long description.
been occupied with daily matters and obligation.

is avoiding deleting some human beings
sarcastic harshness :
won't be hearing anything from me except vice versa
say, i choose not to care.
pooodah.


guess what,
TREASURE HUNT tomorrow !
my my my.





Thursday, August 7, 2008

do you know :

the second rakaat in maghrib prayer,

is to deny all the accusation and bad perception
people had on Maryam, daughter of Imran, mother to Isa AS.

well, i just did.

Wednesday, August 6, 2008

panggilan telefon

M : kak deeya, awak dekat mana?

A : akak kat sekolah.

M : sekolah awak yang mana?

A : (konfius ke budak ni) sekolah yang awak panggil petonas tu (pelat sikit)

M : oh, yang petonas esing kete tu ke kak deeya? (racing kereta sebenarnya) yang unyi yung yung teke ke? (sebenarnya bunyi kereta f1, pelat pelat)

A : bukan, bukan. bukan esing kete. lain, yang jauh punya tu.

M : ooo (yang sangat panjang)



cipong-cipong Muhammad ucuk ucuk kakak demam. sian adek akak. cepat elok ye dek.

rindu baby kak deeya !

Tuesday, August 5, 2008

Plagiarizing

kau, ye la kau la.

jangan lagi plagiarize.


plagiarizing amounts to stealing OTHER people's words
plagiarizing amounts to stealing OTHER people's ideas


show respect and initiate some credit.

faham ?



courtesy of LAB1012_0208

super super super busy.

tetapi tidak pula akan mungkin saya lupa ini :

Siti Aishah-ku sayang

selamat menyambut ulangtahun yang ke lima belas adek

aku sayang kau
kau adek yang rock !
menbatu-i duniaku

makan lah banyak mana kau nak.
segemuk mana kita, akan keding juga.
itu sudah menjadi warisan darah hj ramlan.
ahaha ;DD

adek;
semoga hari hari mendatang kamu
akan dilimpahi rahmat-Nya Ilahi

banyak doa kakak pohonkan untuk kejayaan PMR kamu.

adik beradik selamanya !
harap kamu suka hadiah dari sepupu wangsa maju mu



sedikit perhatian :
doakan agar Allah pohonkan hidayah meng-komprehen get logik dengan logiknya pada saya ;d

Sunday, August 3, 2008

no offense whenever you read my post and it was rather short and simple.
i tend to make my life more objective, and due to such path, i make it just a few words.

i like the chinese orchestra the best last night. as usual.
they played sempurna beautifully and had captured my heart even more into it.

also not to forget the gamelan, never will to loathe them.
"takkan melayu hilang didunia", the montage was genius.

aha, my two of fab five played the clarinet and saxophone fabulously.
enjoyed every minute of it. you guys rock the stage ;DD

and i am proud to watch techies are also an artist on stage.
tengku, chee hong, goay and others. proud of you guys !

for some tidak-koheran that i encounter yesterday, i'd sulk, pretty bad.
and get a cool t-shirt as the consequences of sulking.

isn't life beautiful people ?
thank you munchkin for the very good way to persuade me.

xoxo

Saturday, August 2, 2008

tidak koheran. noktah.

sat on the bed and feeling dizzy,
omg, i had it more than enough, aiyoo lazy.

not to be such a fussy,
but this lifestyle is no sassy.

♥ ♥ ♥

symphony fest tonight.
two of the fab five will be performing.
one of us in this room will be smiling.
read this.

and ella lalala darling,
welcome to this virtual world of blogging ;DD

[out for food hunting,
currently listening to sempurna, a perfect metaphor]

Friday, August 1, 2008

i have two saturdays and a sunday.

muchkin initiated that this non-exist friday;
aka my 1st saturday as english day.
impressive.

beeha entered my room and she can feel the heat.

eli brilliantly answered : it is because we are HOT (yeke ?)

just read some subtle-to-be mention page.
i love PETRONAS, and are proud of it.
ada masalahkah anda dengan statement itu ?
jadilah manusia yang bertamadun.

what say you ?

short, precise yet formidably meaningful
to all lad && lass
whom all this while have had painted
the chapters of my life beautifully with your presence
either near or far, neither physically nor virtually

along not to forget my sisters, that you are also to be include as my babes

i would like to regard an infinite gratitude to alll of you for being such a pal
also to let you know that you are all every day being appreciated and remembered by me

happy friendship day y'all

many thanks, hugs and good wishes come along with this
xoxo



ps : due to some recklessly tons of assignment,
i am sorry to announce my daily thoughts will be convey later.
in a meantime, you can always visit this, as she has been such a scholar blogger ;DD

 
design by suckmylolly.com